Di SeBaLik SenYuMan Ada TanGisan???
Betul Ker???
HaNya Aku YanG MengeRti...

TraGedI CiNta

cintu itu indah...
tapi ia menyakitkan...
cinta itu suci...
tapi ia pedih...

cinta perlu ada kepercayaan...
cinta perlu di sulami dengan kejujuran..
cinta perlu diikat dengan kasih sayang...
cinta perlu bersemadi dalam kenangan...

kesetiaan...
perlu kekal dalam hati...
dan aku...
sedikit pun ta pernah berubah...
hanya engkau di hatiku...
dan akan kekal selamanya...
selagi nyawa dan jasad masih bersatu...
selagi roh masih ada...
selagi langit belum runtuh...

apa jua curiga dihatimu..
aku ingin kau tahu..
hanya engkau di hatiku..
hanya engkau yang bertakhta...
hanya engkau suamiku disyurga...

kasih...
takkan pernah pudar...
takkan pernah hilang...
selagi aku masih menarik hela nafas yang panjang...

pemergianmu diiringi air mata kasih...
dan aku pula berlalu...
kerna aku telah melukakan hatimu...
namun..
aku ingin kau tahu...
namamu akan tetap di hatiku..
jiwaku tetap milikmu...
jasadku tetap kepunyaanmu...

andainya aku telah pergi...
lafazkanlah serangkai kalimah suci al-fatihah...
sebagai bekalanku menanti di barzakh...
untuk berangkat ke padang masyar...

dan aku...
akan menantimu di pintu syurga...rezk

KASIHMU AMANAHKU

para isteri...renungkanlah para suami...amatilah...

Penikahan menyingkap takbir rahsia,

Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia,

Dan mengharapkan sebuah bahtera indah,

Untuk bersama belayar ke muara,

Pernikahan menginsafkan kita,

Perlunya iman dan taqwa meniti sabar dan redha,

Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan,

Susah mendatang tempuhi dengan tabah…

Isteri…janji yang telah di patri,

Di ijabkabulkan dan di rahmati,

Detik pertemuan dan pernikahan,

Yang di hujani air mata kasih,

Demi syurga ilahi

Suami….jangan menagih setia,

Umpama Hajar dan setianya Zulaikha,

Terimalah seadanya…yang terindah di lubuk hatimu..

Isteri adalah amanah buatmu,

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama, suami dan isteri,

Isteri hamparan dunia, suami langit penaungnya,

Isteri ladang tanaman,suamilah pemagarnya,

Isteri bagai kejora, suami menjadi purnama

Tika isteri beri hempedu, suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun, isteri jadilah penawarnya

Sungguh isteri rusuk yang rapuh, berhati-hatilah meluruskannya.

FALSAFAH CINTA

Dedikasi Untuk Abang~RezK~

Dalam percintaan terdapat yang perlu anda sedari. Apabila anda bercinta bukan untuk anda difahami tetapi untuk anda memahami. Bukan untuk anda mengambil itu dan ini tetapi untuk anda diambil. Cinta adalah untuk anda berkorban dan belajar bertolak ansur.

Tips 1:

Jika anda mengerti… anda mengetahui yang anda merindui seseorang bila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia dan walau hanya miscall dari dia sudah cukup untuk anda tersenyum riang. Anda mungkin menaruh hati padanya.

Tips 2:

Jika hati anda berkata… jika seseorang hadir dalam hidup anda dan jadi sebahagian daripada hidup anda, tetapi diatas sebab tertentu dia pergi, jangan bersedih. Terimalah kenyataan dan anda masih bernasib baik kerana dia pernah membahagiakan hidup anda.

Tips 3:

Jika hati anda ingin menafikan… jangan larikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada dihadapanmu, kerana anti kamu pasti teringat dan menyesali perbuatanmu. Maka hargailah orang yang menyayangimu. Bukan mudah untuk menyayangi dengan ikhlas.

Tips 4:

Jika hati anda takut… jika anda merasa sesuatu itu akan buat anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa tiada peluang kedua lagi. Jika anda rasa anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah ia, jangan biarkan ia berlalu begitu saja..

Tips 5:

Kisah dua air mata… 2 titis air mata yang mengalir bertemu. 1 titis air mata itu menyapa air mata yang satu lagi “ saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki, tetapi telah kehilangannya,siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua, “saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang menyayangi saya berlalu begitu saja”.

Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hamper atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita, kemudia kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.

Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada seseorang yang sesuai dengan anda. Jika anda bertemu dengan seseorang yang benar-benar menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih saying anda.

Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda tepai masih sanggup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya. Jika anda tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang paling bahagia dan jangan ragu-ragu untuk memberikan kasih dan sayang

Ruang kosong dicelah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain. Bukalah pintu hati anda, benarkanlah orang yang anda saying masuk. Jangan diragui kerana keikhlasan itu dapat dirasai didalam hati.

Terdapat banyak bintang dilangit tetapi hanya satu yang menyerlah sehingga menarik perhatian anda. Mungkin anda akan abaikan. Sebutir bintang yang sanggup menyinari walau dimana saja anda berada. Oleh itu, pilihlah bintang anda dengan hati bukan dengan mata yang selalu tertipu.

Jangan biarkan hatimu terkurung lesu.

~Salam Rindu Dari Sayang~ *Za Buru Hatsu*

 
cursor