Ke mana Harusku Mengadu...

Bila kasih sayang itu datang dari hati kita sndri..tanpa dipaksa..kita akan rasa bahagia sangat.
Kasih tu bukan dibuat-buat..tapi hadir dengan membawa erti yang besar dalam hidup kita.
sayang pula akan kekal selamanya dan takkan pernah berubah walaupon ombak dan gelora datang melanda.

Cinta pula..bukan semua dianugerahkan cinta. cinta itu sangat indah..melengkapi kasih dan sayang yang telah tercipta..maka terbangkitlah rasa rindu dan kebahagiaan. Rindu pula pengikat hubungan..yang akan membuatkan setiap pasangan saling mengingati.
namun dalam bahagia itu pasti ada jua kedukaan..apabila ada yang tidak sanggup melihat kebahagiaan dua pasangan. Akibatnya pasti ada hati yang terluka. Namun luka itu boleh sembuh sekiranya dalam hati setiap pasangan ada kepercayaan. Rasa percaya itulah yang akan mengukuhkan lagi sesuatu hubungan dan rasa cinta.
Andai rasa curiga itu bermaharajalela...kasih dan sayang akan pudar...cinta akan terluput dari hati..rindu tidak lagi akan wujud...
Percayalah kasih pada kata-kata kekasihmu..kerana kepercayaan itu penting dan asas yang perlu ada dalam hubungn.
Muhasabah diri...Percayalah pada kebenaran..jangan percaya pada kata-kata orang.
Kasihmu akan lebih teguh...sayangmu akan lebih kuat...cintamu akan lebih mendalam...dan rindu akan kekal di hati....
~Kuatkan Semangat Seteguh Karang Dilaut~

kerinduan atau Kasih sayang?

wanita dan lelaki..
telah diciptakan untuk hidup bersama
seperti mana terciptanya hawa untuk hidup bersama adam.
kadang kita rasa kita mampu hidup berseorangan..
namun jauh dilubuk hati kita..kita akan terasa kesunyian yang amat sanagt.
itulah sebabnya manusia dijadikan untuk hidup berpasangan dan saling melengkapi..

Bila seseorang sudah menemui seseorang yang mampu melengkapi kekuranagn dalam hidupnya
masa itu..segalanya akan berjalan dengna lancar..tanpa ada halangan
tanpa ada keraguan...
wanita pula akan senang dan sedia menerima lelaki seadanya..
bila tiada salah seorang...diri akan berasa kosong
diri akan berasa tidak lengkap..
itulah yang dinamakan kerinduan pada sang bunga atau si kumbang..
bila kedua-duanya bersatu..semakin hari..
semakin indah..

Hari-hari yang dilalui penuh dengan kebahagiaan..gelak tawa..

senyuman mesra..itulah kasih sayang...
kerinduan dan kasih sayang perlu bersatu..
barulah akan menemui kebahagiaan...dalam mahligai impian..
direstui keluarga
dan di restui ALLAH yang maha ESA

Jodoh Merupakan Takdir Dan Perlu Mencarinya

"Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya" Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh.

"Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan" Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan memilih jodoh. Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti :

1. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan berlangsung atas persetujuan anak.
2. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.
3. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.
4. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.

Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut.

Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua. Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam.

Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri berikut:
i. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumahtangga
ii.Mencari nafkah yang jujur dan berhasil
iii. Pasangan ideal dalam erti; - bersikap baik terhadap isteri - dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat - menerima kekurangan dan kelemahan isteri - dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu - dapat menjaga kewibawaan isteri - dapat membimbing isteri ke jalan yang baik - dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri
iv. Bapa yang baik dan sayang kepada anak-anak
v. Pasangan yang baik zahir dan batin

9 Siti Yang Patut Di Contohi

1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata saya takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A'ishah

- Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).

5) Siti Mariam

- Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

- Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

Siti Muti'ah

- Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan daripada kata-kata Ustazah Siti Norbaiah Mahmud dalam rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. sama-sama kita tingkatkan ilmu kita untuk menjadi insan yang lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.

kisah cinta...

macam-macam kisah cinta bermula kan...mesti semua orang lalui kisah cintanya kan?
sama gak mcm sha..pernah mencintai dan dicintai..masa tu indah sangat..bagaikan dikayangan..adess..berangan lak..erm.mcm mana nak mula ek?kenal rezk ni kat mana ek?ntah la..rahsia umah tangga. nnt smbung la..ngntuk..hehe
 
cursor